“Abang janji abang tak akan tinggalkan Ika walaupun apa yang terjadi. Abang nak kita mulakan semuanya sekali lagi. Abang akan tunggu Ika sehinggalah Ika boleh terima abang dalam hati Ika. Kalau lepas ini, Ika tak percaya juga pada abang, abang rela lepas Ika. Macam yang abang janjikan dulu pada Ika.” Sambung Johan.
“Tapi abang minta satu pada Ika, percaya pada abang. Apapun terjadi, kita mesti saling percaya mempercayai. Itu bukan sahaja dinding, lantai tetapi tiang dalam apa pun perhubungan.” Rayu Johan.